~Novel Cinta Ku~ku ungkap kenangan lama
bersama diri mu
begitu asyik sekali
tika itu, aku merasa
dunia milik ku seorang
tiada siapa dapat menandingi
kehangatan cinta mu
yang semakin lama
semakin membara
jauh dalam di sanubari ku
oh Tuhan, apakah ini yang
dinamakan cinta?
sungguh indah sekali
rasanya bila bercinta
bak indahnya sang mentari
yang mulai terbit
menampakkan wajahnya
ku harap api cinta ini
akan terus berkekalan
hingga ke akhir waktu
sementara itu akan aku
ciptakan sebuah novel cinta
yang akan ku ukir nama mu
di dalamnya dengan harapan
cinta yang kita semai bersama
menjadi contoh kepada semua
yang baru sahaja ingin mengenal
erti sebuah percintaan.
~azmanidah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh asli puisi ini tercipta pada 04/02/2005 @ 13:11hrs
Ini adalah hari ulang tahun bapak mertua saya yang
ke 79 tahun. Selamat Hari Jadi dan semoga panjang umurnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di tulis pada 17/05/2005 @ 11:59hrs
~Buat Ayah~
Aku kini sendiri lagi
Tampa mu disisi
Mengharungi hari-hari sepi
Dengan pedih di hati
Aku kini bebas
Seperti seekor burung
Sibuk mengibarkan sayapnya
Terbang mengikut arah angin
Yang tiada arah tujuannya
Aku mungkin kehilangan
Namun aku bisa lagi ketawa
Aku mungkin dicermin kisah silam
Namun aku masih bisa lagi bertahan
Aku percaya di suatu hari nanti
Awan mendung pasti bertukar arah
Aku percaya yang patah kan tumbuh
Mentari akan menunjukkan sinarnya
Pada detik itu
Akan jernihlah air yang keruh
Akan teranglah hati yang kelam
Akan celiklah mata yang buta
Namun sayangnya
Tika itu, aku sudah tiada di samping mu
(Ayah)
~azmanidah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puisi ini pula saya cipta pada 27/04/2005 @ 17:48hrs.
Masa tu saya ada sedikit selisih faham dengan ayah.
~Kegagalan~
Kegagalan dalam hidup,
bukan beerti kita tewas.
Ianya adalah langkah pertama
bagi kita memperbaiki kesilapan
kita. Dengan melakukan pembetulan,
mungkin kita akan dapat melangkah
dengan lebih jauh lagi dan yang
paling mustahak ialah kita harus
mempunyai keyakinan yang kuat
pada diri sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kegagalan dalam hidup,
tidak semestinya kita harus rasa
kecewa seumur hidup. Gunakan rasa
kekecewaan itu untuk membangkitkan
semula semangat perjuangan. Selagi
nyawa dikandung badan, kita harus
teruskan berjuang. Insya-Allah di
suatu hari nanti, akan nampaklah
hasil yang datangnya dari titik-peluh
kita sendiri. Pada saat itu, kita akan
merasa bangga dan berkata
"AKU BERJAYA!"
~azmanidah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puisi ni sebenarnya sudah lama saya cipta.
Saya sendiri sudah terlupa tarikh sebenar puisi ini tercipta.
Semoga terhibur apabila membacanya.
Recent Comments
Albums