Tuesday | October 18, 2005

Hari Raya Hari Mulia

 
~ Hari Raya Hari Mulia ~
 
Hari yang kita nanti
Kini tiba kembali
Membawa seribu erti
Itu sudah pasti

Ramai insan gembira
Ada pula berduka
Sempena hari mulia
Lupakan segala duka

Sempena Hari Raya
Jangan lupa yang tiada
Doa diutus buat mereka
Semoga rohnya terpelihara

Hari ini kita bertemu
Esok lusa belum tahu
Oleh itu marilah teman-teman ku
Kita bermaafaan terlebih dahulu

~azmanidah~
Posted by AzmanIdah at 01:22:00 | Permanent Link | Comments (1) |