Hari Raya Hari Mulia
~ Hari Raya Hari Mulia ~
Hari yang kita nantiKini tiba kembali
Membawa seribu erti
Itu sudah pasti
Ramai insan gembira
Ada pula berduka
Sempena hari mulia
Lupakan segala duka
Sempena Hari Raya
Jangan lupa yang tiada
Doa diutus buat mereka
Semoga rohnya terpelihara
Hari ini kita bertemu
Esok lusa belum tahu
Oleh itu marilah teman-teman ku
Kita bermaafaan terlebih dahulu
~azmanidah~
(Comment this)
